Pages

Wednesday, August 1, 2012

Jangan pernah mengalah!




 Salam,

Selamat berpuasa kepada semua Umat Islam....alhamdulillah,kta diberi kesempatan sekali lagi untuk merasai nikmatnya bulan Ramadhan yang mulia ini...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana masih memberikan saya umur dan kesihatan yang baik untuk saya jalani ibadah dan kehidupan...Buat masa ini saya merasakan sedikit tertekan disebabkan majlis perkahwinan saya yang tinggal hanya 4 bulan sahaja lagi...masih banyak lagi persiapan yang perlu saya lakukan...tapi saya bersyukur kerana mempunyai seorang tunang yang sangat memahami dan banyak membantu saya dalam menguruskan segala persiapan kami...

Keluarga saya terutama ibu bapa juga banyak membantu saya dalam persiapan2 yang belum selesai lagi...selain itu,buat pembaca semua....saya masih lg dalam proses mencari pekerjaan yang sesuai....hehehehe kata orang,masih tanam2 anggur....sebelum ini sudah banyak interview yang saya pergi dan semua interview saya pergi hampir semua saya dapat..tetapi semua pekerjaan tersebut mempunyai banyak kelemahan dan tidak sesuai dengan saya...Bukannya saya memilih pekerjan tetapi apabila melibatkan kerjaya hidup saya haruslah menjadi pemilih sedikit....hehehehe

Sejak beberapa minggu ini,saya sedikit merasai kepenatan dari segi mental dan fizikal dan menyebabkan saya kurang tido dan hilang selera makan..mana nak fikir persiapan,fikir cari kerja,fikir masalah2 berbangkit,dan banyak lagi...menyebabkan hal2 begini buat cara kehidupan saya sedikit merosot...

Namun,semuanya tidak pernah mematahkan semangat saya untuk meneruskan fasa kehidupan saya..masalah2 yang timbul membuatkan semangat saya bertambah dan tak mahu putus asa... impian untuk berjaya semakin mendalam..saya berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri...dan insyallah Syufa company akan ditubuhkan dalam masa beberapa tahun lagi...hehehehe

Never Give Up Farah!!!!


No comments:

Post a Comment