Pages

Wednesday, January 11, 2012

Tips menjelang majlis pertunangan...


Assalammualaikum w.b.t....buat semua muslimin n muslimat serta salam sejahtera......
Alhamdulillah saya bersyukur hari ini diberi peluang lagi untuk memberikan sedikit tips kepada sesiapa sahaja yang dalam proses menjalani peringkat pertunangan..kata orang apabila da bercinta sudah tentu akan melangkah ke alam pernikahan dan perkahwinan...syukur kita kerana tuhan memanjangkan jodoh kita bersama dia...ini bermakna dia yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup kita...saya ada terbaca beberapa blog mengenai persiapan perkahwinan dan pertunangan.. dan saya rasa rasanya lebih elok kalau saya berkongsi pendapat dan pengalaman sepanjang saya melalui dalam membuat persedian sewaktu majlis pertunangan saya dahulu....kemungkinan tips2 ini berguna kepada semua bakal mempelai yang sedang menyediakan persiapan pertunangan mereka..
Dalam kita meniti hari,sememangnya debaran menanti hari bahagia semakin terasa.. Ya Allah permudahkanlah segala perjalanan majlisku...itu doaku kepada NYA agar dia sentiasa menjaga ku dan memudahkan segala urusan...Alhamdulillah walaupun terlalu banyak dugaan yang aku dan dia hadapi sepanjang mengurus majlis kami, kami tetap bersama hingga ke hari ini... dan syukur ke hadrat illahi..majlis aku dan dia berjalan dengan jayanya...Alhamdulillah...
Disini saya ada sertakan sedikit tips2 dan gambar2 yang boleh dijadikan panduan...insyallah saya akan sentiasa berkongsi apa sahaja untuk berkongsi ilmu dan memberi pendapat..diharapkan bakal2 mempelai boleh jadikan rujukan.....

1)Pertama sekali sudah tentu apa yang penting sebelum majlis berlangsung, si gadis harus membawa pasangannya berjumpa dengan orang tua kita...lelaki harus meminta kebenaran dengan orang tua si gadis untuk membawa rombongan meminang..bincangkan tarikhnya....kiranya ini dalam adat merisik tapi dari segi moden...sekiranya ibu bapa dia sudah terima risikan dan menetapkan tarikh bertunang tandanya dah green light lah tue....huhuhu

2)tarikh dah ditentukan,so sigadis dan teruna sediakan list apa2 yang harus dilaksanakan sebelum majlis berlangsung.. senaraikan jumlah dulang hantaran..kebiasaanya lelaki akan memberikurang dua dulan dari si gadis..sebagai contoh dia memberi saya 13 dulang dan saya membalas dengan 15 dulang... lalu kita senaraikan apa2 barang yang akan diberikan kepada pasangan..sebagai contoh Al-quran dan sejadah,kasut,potporri,kek,cokelat,satu baju persalinan,songkok dan lain2 lagi mengikut kesesuaian dan kreativiti sendiri..bagi lelaki pula boleh memberi gadis pujaanya Al-Quran dan telekung,kasut,handbeg,minyak wangi, atau jam tangan dan mengikut kreativiti masing2...apa yang penting bukan jenama atau harganya kita lihat tetapi keikhlasan si pemberi...senaraikan segala barang2 hantaran yang ingin dibeli dan buat bajet supaya senang....

3)Pakaian pada majlis pertunangan juga sememangnya penting..awal2 lah membeli kain untuk dijahit kerana kadang2 tukang jahit susah nak terima kalau dah banyak tempahan..mintalah dia jahitkan fesyen baju yang kamu mahukan...dan kalu boleh pilih warna tema baju yang bersesuaian dengan kulit kamu...supaya sesuai...dan kalau boleh tempah baju 2 bulan sebelum majlis supaya tak kelam kabut kalau ada yang nak diubah suai... kalau yang nak beli pasang siap pun boleh tapi cari yang sesuai dengan badan kita..kalau boleh cari pakaian siap sebulan before majlis....

4)Kalau nak buat sendiri hantaran sememangnya lebih jimat dan berbaloi berbanding tempahan...bagi yang mahu membuat sendiri..boleh cari gambar2 hantaran di laman2 perkahwinan untuk dijadikan panduan menggubah hantaran..dan kalau boleh beli barang2 gubahan hantaran juga lebih awal seperti bakul,dulang,reben,bunga, dan pelbagai lagi...agar tidak kelam kabut...Bagi yang mahu kan butik perkahwinan menyediakan gubahan hantaran harus mencari lebih awal kerana takut mereka telah banyak menerima tempahan gubahan hantaran....berbincang dengan tukang gubah tema dan warna yang kamu mahukan untuk gubahan hantaran...agar impian yang kamu mahukan dapat direalisasikan...

5)berbincang dengan parents jumlah tetamu yang datang dan kalau boleh tentukan menu masakan untuk hari bahagia tersebut supay boleh buat bajet makanan...dan sesiapa yang mahukan katering kena cari katering 3 bulan sebelum majlis....

6)bertenang dalam segala hal..sememangnya akan ada pergaduhan kecil sepanjang kita mengurus majlis pertunangan..itu adalah satu bisikan syaitan untuk menghalang kita mendirikan masjid..Jadi...bersabar dan jangan cepat melenting serta selalu mengalah sekiranya berbalah dalam mengurus majlis..berdoa kepada yang maha esa agar majlis kita berjalan dengan lancar...amin...


Hantaran Cokelat



Hantaran Loreal Buat si Dia


Gubahan Kasut POLO


Gubahan Al-quran & Sejadah

Gubahan Songkok

Tuesday, January 10, 2012

Kehidupan duniawi....

Assalammualaikum w.b.t buat semua pembaca....
Alhamdulillah..sehingga ke hari ini kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini.. kehijauan pokok yang memberikan oksigen kepada manusia dan ciptaan hebat tuhan yang maha esa..bersyukur kita ke hadrat illahi kerana diberi peluang untuk meneruskan perjalanan hidup ini.. walau bagaimanapun sedang kita bersenang-senang dalam kehidupan ini,jangan kita lupakan insan yang kurang upaya..bantulah sesiapa yang memerlukan bantuan...hidup ini hanya sementara..dan perbanyakkanlah amalan2 yang akan kita bawa ke alam yang kekal...
Kehidupan pada masa kini sememangnya mencabar buat kita semua..terlalu pesat ekonomi menyebabkan beban kepada kita dengan segalanya naik harga...sememangnya duit memang amat diperlukan pada masa ini..sedangkan bayar parking kereta and pergi ke tandas segalanya memerlukan duit....dengan sewa yang semakin naik dan pelbagai lagi yang naik harga... Apa yang penting sememangnya kehidupan pada masa ini mencabar kita untuk terus bertahan...persoalannya,sampai bila kita harus bertahan?terlalu ramai sekarang yang tiada rumah,tiada pekerjaan dan jumlah peminta sedekah yang semakin ramai semakin menjadi-jadi..diharap pihak berwajib memantau keadaan rakyat pada masa ini..sentiasalah melihat masa depan dengan melihat persekitaran yang semakin membebankan rakyat dan manusia....
Bukan mudah untuk kita menjamin masa depan dengan begini rupa...apa yang penting berdoa kepada tuhan yang maha esa agar segala urusan dan kehidupan kita dipermudahkan dan memperolehi saat kehidupan yang lebih baik...ya,sememangnya facebook,twitter,blog bukan tempat untuk kita mengadu atau menceritakan segalanya..tetapi setiap manusia harus ingat bahawa tempat mengadu adalah Allah s.w.t..DIA lah tempat kita meminta dan mengadu..dan bagi saya tidak salah sekiranya kita berkongsi dengan rakan-rakan tentang kehidupan..itu adalah namanya sosia yang diutuhkan dengan mengikat silaturrahim..tapi berpada-pada dengan apa yang kita ucapkan.... pesanan ini untuk saya sendiri dan untuk semua teman pembaca yang sentiasa sudi membaca hasil penulisan saya...apa yang penting kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi....wasalam
HASIL NUKILAN,
farraanna....

Wednesday, January 4, 2012

Hari-hari ku sebagai tunangan orang...

Hanya sebagai coretan...dalam fasa kehidupanku...sememangnya aku adalah seorang wanita yang memerlukan seorang ketua bagi membawa ku kearah kehidupan yang lebih mencabar.. Bukan senang untuk mencari pasngan hidup...setelah puas mencari akhirnya ketemu juga dengan sang pujangga yang membuka pintu hati ini untuk dicintai dan mencintai...Pasangan hidup ini bukan untuk sehari dua tapi hingga akhir hayat..keputusan besar yang aku ambil untuk menjadikan dia pasangan hidup bukan mudah...
Setelah 3 tahun mengikat hubungan bersama mengenali hati budi masing2..kini aku tahu dia ikhlas mencintai aku...dan ikhlas menerima aku seadanya..walau ramai yang dtg menganggu hubungan ku dan dirinya...dia masih bersama aku dan aku bersama dia...Sememangnya jodoh sentiasa ada untuk kami...Syukur ke Hadrat Illahi kerana mempertemukan kami berdua..saat perkenalan yang hanya dimulakan dengan nasihat sebagai seorang kawan akhirnya menjadi sepasang kekasih dan sekarang menjadi tunangan orang..dan Insyallah..akan menjadi suami isteri yang sah tidak lama lagi...
Terlalu banyak dugaan menjadi tunangan orang..ianya bukan mudah bagi diriku..benar kata orang..bakal mempelai nie manis darahnya...insyallah dengan iman yang kuat dan keteguhan jujur dan menghormati...hubungan ini akan menjadi lebih kukuh lagi...doa seorang kekasih kepada kekasihnya..insyallah Allah S.W.T akan menjaga hati kami dari noda2 syaitan..apa yang penting aku dan dia sentiasa dijaga olehnya...
Tarikh 21,22,23/12/2012...akan menjadi sejarah tak lama lagi bagi diriku menjadi isteri orang dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri solehah yang sentiasa ada di sisi suaminya menjaga makan dan minumannya,menjaga segala pakai nya, dan mengingati dirinya agar dia terus menjadi hamba yang taat,dan suami soleh...dan insyallah..sekiranya kami diberikan rezeki..akan menjadi ayah yang mithali dan aku menjadi seorang ibu yang mithali..amin....
Kejujuran adalah penting bagi setiap hubungan....