Pages

Monday, February 20, 2012

Menerima kekurangan diri seadanya..Bersyukur

Alhamdulillah...
Salam sejahtera Kepada semua pembaca..
          Sudah terlalu lama saya tidak berkongsi cerita..hari ini saya tersedar selepas melihat satu rancangan television yang menyiarkan kisah seorang kurang upaya yang dilahirkan sejak kecil tanpa mempunyai sepasang tangan...Alhamdulillah..saya bersyukur ke hadrat illahi kerana dilahirkan ke dunia dengan kesempurnaan...cukup segalanya untuk saya meniti hari2 mendatang dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran.. Bersyukurklah dengan apa yang ada..biar kita tidak secantik mana pun tetapi bila hati kita bersih dari segala kekotoran insyaalah ramai yang akan memandangnya..dan apabila kita banyak kekurangan,jadikanlah kekurangan itu sebagai pedoman dan kekuatan kita..
     
           Saya yakin lebih ramai di luar sana mempunyai masalah dalam kehidupan,namun percaya lah..susah mana pun kamu,lebih ramai yang mempunyai kehidupan yang bermasalah...bersyukur atas segala pemberianya dan mohon semoga sentiasa ada rezeki yang baik untuk kita..Sebagai hamba Allah s.w.t yang taat harus ingat,sentiasa memberi sedekah kepada yang memerlukan.. walau apa pun yang terjadi yakinlah semuanya yang berlaku ada hikmahnya...yakin dan percaya dengan segala ketentuannya..namun apa yang penting sekarang berusaha untuk memperoleh kejayaan dunia dan akhirat..
         
        Pada hari ini,saya berjanji ada diri saya untuk menerima segala kekurangan diri dan bersyukur ke hadrat illahi atas segala pemberiaannya..dan akan terus berusaha mencapai kejayaan di dunia mahupun akhirat.. Begitu juga dengan rakan-rakan diluar sana...banyakkanlah bersyukur dan menerima segalanya dengan ikhlas..paling penting rasa sayang kepada orang kurang upaya dan kurang mampu harus ada dalam setiap insan...

No comments:

Post a Comment