Pages

Wednesday, January 11, 2012

Tips menjelang majlis pertunangan...


Assalammualaikum w.b.t....buat semua muslimin n muslimat serta salam sejahtera......
Alhamdulillah saya bersyukur hari ini diberi peluang lagi untuk memberikan sedikit tips kepada sesiapa sahaja yang dalam proses menjalani peringkat pertunangan..kata orang apabila da bercinta sudah tentu akan melangkah ke alam pernikahan dan perkahwinan...syukur kita kerana tuhan memanjangkan jodoh kita bersama dia...ini bermakna dia yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup kita...saya ada terbaca beberapa blog mengenai persiapan perkahwinan dan pertunangan.. dan saya rasa rasanya lebih elok kalau saya berkongsi pendapat dan pengalaman sepanjang saya melalui dalam membuat persedian sewaktu majlis pertunangan saya dahulu....kemungkinan tips2 ini berguna kepada semua bakal mempelai yang sedang menyediakan persiapan pertunangan mereka..
Dalam kita meniti hari,sememangnya debaran menanti hari bahagia semakin terasa.. Ya Allah permudahkanlah segala perjalanan majlisku...itu doaku kepada NYA agar dia sentiasa menjaga ku dan memudahkan segala urusan...Alhamdulillah walaupun terlalu banyak dugaan yang aku dan dia hadapi sepanjang mengurus majlis kami, kami tetap bersama hingga ke hari ini... dan syukur ke hadrat illahi..majlis aku dan dia berjalan dengan jayanya...Alhamdulillah...
Disini saya ada sertakan sedikit tips2 dan gambar2 yang boleh dijadikan panduan...insyallah saya akan sentiasa berkongsi apa sahaja untuk berkongsi ilmu dan memberi pendapat..diharapkan bakal2 mempelai boleh jadikan rujukan.....

1)Pertama sekali sudah tentu apa yang penting sebelum majlis berlangsung, si gadis harus membawa pasangannya berjumpa dengan orang tua kita...lelaki harus meminta kebenaran dengan orang tua si gadis untuk membawa rombongan meminang..bincangkan tarikhnya....kiranya ini dalam adat merisik tapi dari segi moden...sekiranya ibu bapa dia sudah terima risikan dan menetapkan tarikh bertunang tandanya dah green light lah tue....huhuhu

2)tarikh dah ditentukan,so sigadis dan teruna sediakan list apa2 yang harus dilaksanakan sebelum majlis berlangsung.. senaraikan jumlah dulang hantaran..kebiasaanya lelaki akan memberikurang dua dulan dari si gadis..sebagai contoh dia memberi saya 13 dulang dan saya membalas dengan 15 dulang... lalu kita senaraikan apa2 barang yang akan diberikan kepada pasangan..sebagai contoh Al-quran dan sejadah,kasut,potporri,kek,cokelat,satu baju persalinan,songkok dan lain2 lagi mengikut kesesuaian dan kreativiti sendiri..bagi lelaki pula boleh memberi gadis pujaanya Al-Quran dan telekung,kasut,handbeg,minyak wangi, atau jam tangan dan mengikut kreativiti masing2...apa yang penting bukan jenama atau harganya kita lihat tetapi keikhlasan si pemberi...senaraikan segala barang2 hantaran yang ingin dibeli dan buat bajet supaya senang....

3)Pakaian pada majlis pertunangan juga sememangnya penting..awal2 lah membeli kain untuk dijahit kerana kadang2 tukang jahit susah nak terima kalau dah banyak tempahan..mintalah dia jahitkan fesyen baju yang kamu mahukan...dan kalu boleh pilih warna tema baju yang bersesuaian dengan kulit kamu...supaya sesuai...dan kalau boleh tempah baju 2 bulan sebelum majlis supaya tak kelam kabut kalau ada yang nak diubah suai... kalau yang nak beli pasang siap pun boleh tapi cari yang sesuai dengan badan kita..kalau boleh cari pakaian siap sebulan before majlis....

4)Kalau nak buat sendiri hantaran sememangnya lebih jimat dan berbaloi berbanding tempahan...bagi yang mahu membuat sendiri..boleh cari gambar2 hantaran di laman2 perkahwinan untuk dijadikan panduan menggubah hantaran..dan kalau boleh beli barang2 gubahan hantaran juga lebih awal seperti bakul,dulang,reben,bunga, dan pelbagai lagi...agar tidak kelam kabut...Bagi yang mahu kan butik perkahwinan menyediakan gubahan hantaran harus mencari lebih awal kerana takut mereka telah banyak menerima tempahan gubahan hantaran....berbincang dengan tukang gubah tema dan warna yang kamu mahukan untuk gubahan hantaran...agar impian yang kamu mahukan dapat direalisasikan...

5)berbincang dengan parents jumlah tetamu yang datang dan kalau boleh tentukan menu masakan untuk hari bahagia tersebut supay boleh buat bajet makanan...dan sesiapa yang mahukan katering kena cari katering 3 bulan sebelum majlis....

6)bertenang dalam segala hal..sememangnya akan ada pergaduhan kecil sepanjang kita mengurus majlis pertunangan..itu adalah satu bisikan syaitan untuk menghalang kita mendirikan masjid..Jadi...bersabar dan jangan cepat melenting serta selalu mengalah sekiranya berbalah dalam mengurus majlis..berdoa kepada yang maha esa agar majlis kita berjalan dengan lancar...amin...


Hantaran Cokelat



Hantaran Loreal Buat si Dia


Gubahan Kasut POLO


Gubahan Al-quran & Sejadah

Gubahan Songkok

No comments:

Post a Comment