Pages

Tuesday, January 10, 2012

Kehidupan duniawi....

Assalammualaikum w.b.t buat semua pembaca....
Alhamdulillah..sehingga ke hari ini kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini.. kehijauan pokok yang memberikan oksigen kepada manusia dan ciptaan hebat tuhan yang maha esa..bersyukur kita ke hadrat illahi kerana diberi peluang untuk meneruskan perjalanan hidup ini.. walau bagaimanapun sedang kita bersenang-senang dalam kehidupan ini,jangan kita lupakan insan yang kurang upaya..bantulah sesiapa yang memerlukan bantuan...hidup ini hanya sementara..dan perbanyakkanlah amalan2 yang akan kita bawa ke alam yang kekal...
Kehidupan pada masa kini sememangnya mencabar buat kita semua..terlalu pesat ekonomi menyebabkan beban kepada kita dengan segalanya naik harga...sememangnya duit memang amat diperlukan pada masa ini..sedangkan bayar parking kereta and pergi ke tandas segalanya memerlukan duit....dengan sewa yang semakin naik dan pelbagai lagi yang naik harga... Apa yang penting sememangnya kehidupan pada masa ini mencabar kita untuk terus bertahan...persoalannya,sampai bila kita harus bertahan?terlalu ramai sekarang yang tiada rumah,tiada pekerjaan dan jumlah peminta sedekah yang semakin ramai semakin menjadi-jadi..diharap pihak berwajib memantau keadaan rakyat pada masa ini..sentiasalah melihat masa depan dengan melihat persekitaran yang semakin membebankan rakyat dan manusia....
Bukan mudah untuk kita menjamin masa depan dengan begini rupa...apa yang penting berdoa kepada tuhan yang maha esa agar segala urusan dan kehidupan kita dipermudahkan dan memperolehi saat kehidupan yang lebih baik...ya,sememangnya facebook,twitter,blog bukan tempat untuk kita mengadu atau menceritakan segalanya..tetapi setiap manusia harus ingat bahawa tempat mengadu adalah Allah s.w.t..DIA lah tempat kita meminta dan mengadu..dan bagi saya tidak salah sekiranya kita berkongsi dengan rakan-rakan tentang kehidupan..itu adalah namanya sosia yang diutuhkan dengan mengikat silaturrahim..tapi berpada-pada dengan apa yang kita ucapkan.... pesanan ini untuk saya sendiri dan untuk semua teman pembaca yang sentiasa sudi membaca hasil penulisan saya...apa yang penting kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi....wasalam
HASIL NUKILAN,
farraanna....

No comments:

Post a Comment