Pages

Thursday, May 10, 2012

Pengalaman Kursus Kahwin

Alhamdulillah,

Pada tanggal 31 Mac - 1 April 2012 aku telah menghadiri kursus kahwin bersama insan yang bakal bergelar suami. Kursus Kahwin adalah satu syarat bagi semua pasangan islam yang mahu berkahwin.
Pada mulanya, aku menganggap kursus nie tak penting bagi aku. Sebab, hampir semua modul sudah dipelajari waktu aku sekolah menengah.

Namun,setelah menghadirinya barulah aku faham kenapa pentingnya kursus kahwin kepada semua pasangan. Kebanyakkan pasangan muda masa kini menganggap perkahwinan hanya suka-suka. Tidak sedar tanggungjawab yang akan dipikul oleh mereka sebagai seorang suami dan isteri. Tujuan kursus kahwin ini dianjurkan adalah untuk menyearkan semua bakal mempelai betapa pentingnya menjaga keharmoniaan berumah tangga satu hari nanti.

Sepanjang dua hari turut serta dalam kursus tersebut, banyak ilmu yang saya perolehi dan insyallah akan saya amalkan setelah saya berumah tangga suatu masa nanti. Kebanyakan ceramah mengenai ketaatan kita pada Allah S.W.T,tanggungjawab kepada keluarga, dan bermacam2 lagi..

Selepas selesai Kursus Kahwin saya mengharap ilmu yang diperolehi dapat digunakan pada saya dan pasangan suatu hari nanti. Insyaalah, membina sebuah keluarga yang diredhai allah dan sentiasa dilindunginya.

Kepada semua bakal pengantin yang akan menghadiri kursus kawin saya ucapkan semoga berjaya menghadirinya selama dua hari. Di sini saya sertakan tips menghadiri kursus kahwin:

1) Pastikan tarikh kursus kahwin telah ditetapkan.

2) Jangan lupa bayar yuran kursus.

3)Pastikan kamu tahu tempat kursus dilaksanakan.

4)Tepati masa menghadiri. Hadir 30 minit lebih awal.

5)Pakai pakaian yang tidak  menjolok mata, dan kalau boleh pakai stokin.

6)Sarapan dulu sebelum hadiri kursus.

7)Bawa mineral water n gula2..

8) Pastikan tumpuan sepenuhnya kepada penceramah,kerana ilmu yang diberikan sangat berguna.

9) Berdoa semoga selamatnya...

Gud luck...!!!!

No comments:

Post a Comment