Assalammualaikum W.B.T buat semua pembaca.....
Saya ingin bercerita sedikit tentang pengalaman saya sepanjang tempoh 6 bulan sebelum majlis perkahwinan saya. Sememangnya apa yang terjadi kepada semua pengantin diseluruh dunia ini adalah menghadpi krisis tekanan semasa mengurus keperluan majlis dan kewangan. Begitu juga dengan saya, saya menghadapi masalah yang sama. Kalau bakal pengantin sememangnya kaya lain cerita lah kan... hehehehe... Apa yang penting tak perlu membazir..asalkan majlis berjalan lancar... Sudah cukup dan bersyukur..
Alhamdulillah saya atasi segala masalah dengan pengurusan budget yang betul dan aturan masa yang betul...Buat pengantin perempuan,sememangnya kita adalah orang yang paling sakit kepala dalam hal2 sedemikian..Semuanya mahukan sempurna...tapi jgn lupa Ukur baju di badan sendiri.. Jangan bebankan otak atau diri...
Saya ada beberapa tips untuk saya kongsikan sepanjang pengalaman saya mengurus, semoga tips yang saya berikan dapat membantu sedikit untuk kamu semua yang dalam tertekan:
* Jangan pernah sombong atau malu untuk bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman dalam hal2 sedemikian.
*Senaraikan semua keperluan untuk majlis agar tiada yang ketinggalan.
*Rajin2 surey harga barang2 keperluan atau servis yang diperlukan seperti perkhidmatan Pelamin,Gubahan Hantaran,Gubahan bilik Tidur dan Photography. Cuba cari perkhidmatan dengan harga mengikut kemampuan.
*Buat Budget untuk setiap keperluan..Dan pastikan anda tidak terlebih budget..
*Rajin membaca majalah pengantin dan dapatkan nasihat pakar sekiranya perlu.
*Pastikan anda sudah membuat tempahan Pakaian Pengantin pada masa ini. Kepada yang nak jahit sendiri make sure u all jumpa tempat menjahit paling terbaik..takut tukang jahit kurang mahir...
*Survey harga kad kawin juga k....Maybe 5 bulan atau 4 bulan boleh order dah..sekarang kad kawin seminggu dah siap...yang lama menulis nama..hehehehe make sure k..
*Bincang dengan parents kedua belah pihak..amat penting dengar pendapat mereka.
*Berdoa semoga berjalan lancar.
Hasil Nukilan,
farah
No comments:
Post a Comment